Wednesday, March 10, 2010

Mee Udang Kuala Sepetang

mee udang kuala sepetang, Taiping

Sebelah Utara/Pulau Pinang terkenal dengan mee udang/hokien prawn mee , mee udang Sungai Dua, mee kuah Kedah dan di selatan pula..mee bandung Johor/Muar atau mee bandung maharani....bermacam-macam nama TETAPI yang asas ialah > mee kuning , udang (fresh/kering)dan bawang merah & putih, cili kering (dimesin/blend) dan stok ayam/daging untuk kuah.  Serta dipelbagaikan dengan bahan tambahan seperti sayur-sayuran : kobis/kangkong/sawi, bahan hiasan (garnishing) seperti daun bawang & daun sup, bawang goreng, bebola ikan (fish ball/cake), tahu , hirisan daging/ayam. Untuk memekatkan kuahnya pula > ubi keledek/kentang, kacang tanah (sudah digoreng & tumbuk) , sos tomato/tomato puree.

Sekiranya perjalanan dengan kereta keutara singgah ke Mee Udang Sungai Dua, famous jugak nih, berdekatan dengan Titi Timbul/ Permatang Pauh. Harga sepinggan/ semangkok..jika hidangan untuk ramai peminat mee udang , mengikut harga udang yang dipilih dan ditimbang sendiri. Kuahnya pula pekat manis udang dan masam sos tomato. Sekali cuba pasti datang lagi ke Sungai Dua.

Orang KL kalau nak rasa mee udang utara, cubalah di gerai Food Court  Pejabat-pejabat Kerajaan Jalan Duta. Kalau nasib baik, ada 2 ekor udang galah dalam mee udang tu. Mungkin ramai staff yang bekerja di Jalan Duta kenal mee udang yang popular ni.
Penang hokien prawn mee pula, jika di Pulau Pinang kenalah le Hutton Lane..entah masih ada lagi ke tidak.  Cari saje di The Curve Damansara..Penang Cafe atau di Mid Valley Mega Mall. Mee dihidang dalam kuah manis udang dan ada sayur kangkong bersama sambal cili pedas.

Turun ke Melaka pula, boleh mencuba mee bandung johor di Restoran Warisan yang terkenal dengan nasi beriani gam Johor. Restoran ini dekat dengan Jakyll Textile Melaka.
Terus ke bandar Muar, pasti boleh jumpa  mee bandung, tanya saje sesiapa orang Muar, merata-rata ada saje gerai/restoran.  Johor Bahru pula ada saingan mee bandung, iaitu ' mee rebus Pak Wahid'. Singgah saje ke Plaza Angsana. 


Resipi-resipi yang tedapat dalam blog/website :-


ini dari resipi.net

dari myresipi.com


ada banyak link...hanya search "resipi mee-udang"  saje