Tuesday, July 23, 2013

Cendol Gula Enau Kuala Pilah






dimasak atas api perlahan

tepung Hoen Kwee

kacang merah

santan dan air gula enau




bahan untuk cendol :


Sunday, July 21, 2013

Bubur Som-Som Pandan Gula Enau Kuala Pilah






Bahan :

1 cawan tepung beras
1 camca besar tepung ubi/ (tepung Hoen Kwe)

1/2 biji kelapa, diparut putih untuk dijadikan santan
2/3 helai daun pandan +1 cawan air dikisar - untuk  jus pandan
1/4 camca teh pewarna hijau (jika perlu)
2 helai daun pandan, disimpul
secubit garam

Air Gula Enau Kuala Pilah :-)
1 ketul gula  potong kecil
1/4 cawan gula pasir
2 cawan air

2 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan pandan yang dikisar tadi ke dalam kelapa parut, tambah air anggaran 3 atau 4 cawan, 
ramas dan perah santannya -  sehingga mendapat 4 cawan santan.

* cikJah guna juice pandan dan 1/2 kotak santan  (100 ml) dicampur air untuk jadikan 3 atau 4 cawan liquid , kuantiti air menentukan texture kuih lembut/keras.

Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, tepung ubi/Hoen Kwee dan garam, gaul rata dan tuang santan + jus pandan, 
kacau dengan whisk hingga tidak berbintil2. 
Tapis dan tuang dalam periuk, masukkan simpulan daun pandan dan masak atas api sederhana.
Kacau  hingga bancuhan pekat, licin dan kelihatan berkilat. (nampak bubbles)
 Kacau lagi sekejap anggaran 1 - 2 minit lagi
remove daun pandan, dan tuang dalam loyang atau acuan2 kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
 Ratakan dan biar keras. Potong kecik, isi dalam mangkuk sesuai dan tuang sirap gula melaka. 
Sedap dihidangkan sejuk.

Note : adunan ini dibahagi dua sebelum disejukan
1 bhg putih santan dan satu lagi diwarnakan hijau/juice pandan

UNTUK SIRAP GULA  :-

masak  semua bahan2 untuk sirap gula,  hingga gula  hancur, kecil kan api dan terus renih hingga  air gula likat. Tapis dan sejukan. Hidangkan bersama bubur som-som

Terima kasih kpd Cik Siti Delima for sharing her recipe
http://www.sitidelima.net/2013/03/bubur-sum-sum.html


Thursday, July 11, 2013

Agar-agar Pelangi - Rainbow Jelly




CikJah menggunakan resipi agar-agar santan biasa

dan cuba mengolah lapis-lapisan berwarna warni
serta menambah perisa mengikut warna



Wednesday, June 12, 2013

Kuih Lompang Pandan

hidangan minum petang


Bahan-bahan:
2 ½  cawan Tepung Beras
½  cawan Tepung Sagu
1 ½  cawan Gula (* saya kurangkan gula/kurang manis)
4 cawan Air (1cawan air untuk juice pandan / 2 cawan air masak dengan gula
dan 1 cawan santan cair)
Beberapa helai Daun Pandan


air daun pandan

tepung beras , tepung sagu dan gula pasir

air dan santan






Cara-cara:

Satukan dan ayak tepung beras dan tepung sagu

Masak gula bersama 2 cawan air dan sehelai daun pandan hingga mendidih 

Kisar daun pandan bersama 1 cawan air , tapis airnya dan gaul dengan adunan tepung beras dan tepung sagu

Tuangkan air gula kedalam  tepung  + juice pandan + santan

Gaul rata dan tapis

Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit

Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 -20 minit

*  Dihidang bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan


Monday, June 10, 2013

Kuih Koleh Kacang




Bahan-bahan:
1 cawan pati santan/santan pekat ~ untuk membuat tahi minyak
½  cawan tepung kacang hijau
¾  cawan gula Melaka & masak dgn daun pandan
¾  cawan santan
secubit garam.


gula melaka

tepung kacang hijau

daun pandan


 Cara penyediaan:

Tahi minyak:

1.    masak pati/santan pekat sehingga menjadi tahi minyak .. api yang sederhana dan dikacau supaya tidak hangus
2.    tapis dan asingkan tahi minyak utk diletak atas kuih dan lebihan minyak boleh dimasukan dalam bancuhan tepung

Kuih kole kacang:
 kacau adunan diatas api sederhana





1.    Masak gula Melaka  dgn  daun pandan + 1 cawan air hingga gula larut dan ditapis.  Sukat ¾ cawan air gula ini .

2.    Campurkan tepung kacang hijau, santan, air gula  dan secubit garam  dan kacau sebati jika terlalu pekat masukan lebihan air gula tadi. Biarkan sebentar 20-30 min sebelum dikacau atas api.

3.    Kacau adunan dan masukan lebihan minyak tadi. Masakkan adunan atas  api yang sederhana. Perlu dikacau selalu supaya kuih tidak berketul-ketul atau hangus.

4.     Masak kuih sehingga pekat kemudian masukkan ke dalam bekas ( 4in x 8in)

5.     Taburkan tahi minyak dan barulah dipotong apabila sejuk.


Friday, February 1, 2013

Kuih Genggang - Kuih Lapis


disejukan dahulu sebelum dipotong

 kukusan yang mudah





Bahan-bahan A – disatukan semua bahan dan ditapis
1½  cawan tepung beras ( 150gm)
¼  cawan tepung hong kue (30 gm- warna putih)
½ kotak (100 ml )santan pekat + 500 ml air   

 Bahan-bahan B – dimasak hingga gula larut
1 cawan gula (jika hendak manis tambah ½ cawan gula)
1 cawan air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul

Pewarna makanan -  merah dan sedikit warna kuning

CARA MEMBUATNYA :-

Satu kan semua bahan B dan masak hingga larut, tapis dan sejukkan.
Dalam mangkuk lain, satukan bahan A, kacau rata dan ketepikan sejekap

Kemudian masukkan air gula-bahan B kedalam adunan tepung dan santan tadi,
kacau rata

Sukat dan bahagikan 7 bahagian sama banyak (lebih kurang ¾ cawan) dan warnakan 3 bahagian warna merah, 3 bahagian dibiarkan warna asal putih santan dan 1 bahagian  mlagi diwarnakan (campuran merah + kuning) untuk lapisan teratas sekali.
Sediakan kukusan dan loyang  7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik bersih/sapu sedikit minyak makan.

Panaskan loyang  dalam kukusan sekejap.
Lapisan pertama = tuang 1 bahagian warna merah, tutup tin dan kukus 4 - 5 minit
atau hingga permukaan lapisan nampak pucat.

Tuang  1 bahagian warna putih dan kukus  lagi 4 - 5 minit  dan seterusnya secara berselang seli.

Akhir sekali tuang bahagian berwarna merah + kuning tadi. Kukus 12 - 15 minit.
Permukaan loyang/bekas kukusan ditutup dengan aluminium foil bagi mengelakan wap masuk kedalam loyang.

Sejukkan kuih sebelum dipotong.


Saturday, December 8, 2012

Mee Curry Nyonya /Curry Laksa


siap untuk 3 hidangan
minum petang


CikJah minat 5 Rencah 5 Rasa ..Sherson Lian
resipi mee kari cikJah ini dicedok dari resipi
'vegetarian Nyonya Curry'  5R5R


bahan rempah :  cili hidup , serai,  lengkuas, halia, kunyit hidup
udang kering , buah keras
dikisar semua

bahan-bahan  setelah dikisar
dan sedikit rempah kari ayam/
boleh juga gunakan rempah kari ikan


tahu yg sudah digoreng
- boleh juga gunakan tahu kering

bahan-bahan sayuran - terung , bendi, carrot, ubi kentang, 
kacang panjang ~ di potong cube dan digoreng
setengah masak
ikut kegemaran sendiri


bahan sayuran dan
mee kuning atau spegetti
(tiada dalam gambar)



santan pekat
dan air secukupmya
garam dan stok ayam/udang
minyak secukupnya untuk menumis

 Cara :

  • Tumis bahan yg telah dikisar hingga naik minyak 
  • Masukan rempah kari yg dicampur sedikit air dan tumis sehingga masak dan naik bau rempah
  • Tambah sedikit air dahulu dan masukan santan , masak atas api sederhana
  • Kemudian masukan sayur-sayuran ( carrot- ubi kentang- kacang panjang-tahu  dan akhir sekali sayur bendi)
  • Garam dan stok ayam ikut citarasa


Nota : 
boleh ditambah hirisan ayam dan udang 
hidangan mee kari nyonya dimakan beserta sambal belacan
hirisan bunga kantan dan daun kesum  sebagai menambah rasa dan hiasan