Showing posts with label Desserts..Jeli Kelapa. Show all posts
Showing posts with label Desserts..Jeli Kelapa. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Bubur Som-Som Pandan Gula Enau Kuala Pilah






Bahan :

1 cawan tepung beras
1 camca besar tepung ubi/ (tepung Hoen Kwe)

1/2 biji kelapa, diparut putih untuk dijadikan santan
2/3 helai daun pandan +1 cawan air dikisar - untuk  jus pandan
1/4 camca teh pewarna hijau (jika perlu)
2 helai daun pandan, disimpul
secubit garam

Air Gula Enau Kuala Pilah :-)
1 ketul gula  potong kecil
1/4 cawan gula pasir
2 cawan air

2 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan pandan yang dikisar tadi ke dalam kelapa parut, tambah air anggaran 3 atau 4 cawan, 
ramas dan perah santannya -  sehingga mendapat 4 cawan santan.

* cikJah guna juice pandan dan 1/2 kotak santan  (100 ml) dicampur air untuk jadikan 3 atau 4 cawan liquid , kuantiti air menentukan texture kuih lembut/keras.

Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, tepung ubi/Hoen Kwee dan garam, gaul rata dan tuang santan + jus pandan, 
kacau dengan whisk hingga tidak berbintil2. 
Tapis dan tuang dalam periuk, masukkan simpulan daun pandan dan masak atas api sederhana.
Kacau  hingga bancuhan pekat, licin dan kelihatan berkilat. (nampak bubbles)
 Kacau lagi sekejap anggaran 1 - 2 minit lagi
remove daun pandan, dan tuang dalam loyang atau acuan2 kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
 Ratakan dan biar keras. Potong kecik, isi dalam mangkuk sesuai dan tuang sirap gula melaka. 
Sedap dihidangkan sejuk.

Note : adunan ini dibahagi dua sebelum disejukan
1 bhg putih santan dan satu lagi diwarnakan hijau/juice pandan

UNTUK SIRAP GULA  :-

masak  semua bahan2 untuk sirap gula,  hingga gula  hancur, kecil kan api dan terus renih hingga  air gula likat. Tapis dan sejukan. Hidangkan bersama bubur som-som

Terima kasih kpd Cik Siti Delima for sharing her recipe
http://www.sitidelima.net/2013/03/bubur-sum-sum.html


Thursday, April 29, 2010

Jeli Kelapa ...test..test..test lagi




Dugaan dapat diatasi dengan sabar
kerana ingin mencuba membuat  sekali lagi agar dapat sukatan dan juga untuk mendapatkan  rasa 'Jeli Kelapa' yang lebih oomph, hari ini pergi ke pasar borong Sri Kembangan untuk membeli bahan-bahan. Sebesar-besar pasar borong  dijelajah, tidak ada kelapa muda. Tetapi tidak kecewa, perjalanan diteruskan ke Damansara dan Alhamdullilah ada beberapa gerai di Kg Sungai Pencala menjual dan buah kelapa muda nampak cantik segar dengan harga RM2.50 sebuah.

Bahan yang diperlukan :-

4 buah kelapa muda - ambil air dan isi kelapa
1/2 paket agar-agar (anggaran 1 cawan) ,
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 - 2 cawan air Ice-cream Soda (ikut citarasa)

Cara :-

Agar-agar direndam dan  dimasak hingga hancur
apabila sudah hancur, masukan gula pasir dan
terus masak hingga hancur gula tersebut
kemudian masukan air kelapa muda (anggaran 8/10 cawan)
angkat dari atas api
apabila suam masukan pula air ice-cream soda
gaul hingga sebati

Akhir sekali, tuangan campuran tadi kedalam bekas-bekas kecil yang telah di isi dengan kelapa muda tadi dan simpan dalam peti ais sehingga jeli kelapa sudah set......dapat dalam 20-24 cawan jeli-kelapa.

Note :
Air ice-cream soda itu ditambah sebagai perasa dan sekiranya terlalu manis, kurangkan sukatan gula