Showing posts with label kuih muih tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuih muih tradisional. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Kuih Lompang Pandan

hidangan minum petang


Bahan-bahan:
2 ½  cawan Tepung Beras
½  cawan Tepung Sagu
1 ½  cawan Gula (* saya kurangkan gula/kurang manis)
4 cawan Air (1cawan air untuk juice pandan / 2 cawan air masak dengan gula
dan 1 cawan santan cair)
Beberapa helai Daun Pandan


air daun pandan

tepung beras , tepung sagu dan gula pasir

air dan santan






Cara-cara:

Satukan dan ayak tepung beras dan tepung sagu

Masak gula bersama 2 cawan air dan sehelai daun pandan hingga mendidih 

Kisar daun pandan bersama 1 cawan air , tapis airnya dan gaul dengan adunan tepung beras dan tepung sagu

Tuangkan air gula kedalam  tepung  + juice pandan + santan

Gaul rata dan tapis

Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit

Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 -20 minit

*  Dihidang bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan


Friday, February 1, 2013

Kuih Genggang - Kuih Lapis


disejukan dahulu sebelum dipotong

 kukusan yang mudah





Bahan-bahan A – disatukan semua bahan dan ditapis
1½  cawan tepung beras ( 150gm)
¼  cawan tepung hong kue (30 gm- warna putih)
½ kotak (100 ml )santan pekat + 500 ml air   

 Bahan-bahan B – dimasak hingga gula larut
1 cawan gula (jika hendak manis tambah ½ cawan gula)
1 cawan air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul

Pewarna makanan -  merah dan sedikit warna kuning

CARA MEMBUATNYA :-

Satu kan semua bahan B dan masak hingga larut, tapis dan sejukkan.
Dalam mangkuk lain, satukan bahan A, kacau rata dan ketepikan sejekap

Kemudian masukkan air gula-bahan B kedalam adunan tepung dan santan tadi,
kacau rata

Sukat dan bahagikan 7 bahagian sama banyak (lebih kurang ¾ cawan) dan warnakan 3 bahagian warna merah, 3 bahagian dibiarkan warna asal putih santan dan 1 bahagian  mlagi diwarnakan (campuran merah + kuning) untuk lapisan teratas sekali.
Sediakan kukusan dan loyang  7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik bersih/sapu sedikit minyak makan.

Panaskan loyang  dalam kukusan sekejap.
Lapisan pertama = tuang 1 bahagian warna merah, tutup tin dan kukus 4 - 5 minit
atau hingga permukaan lapisan nampak pucat.

Tuang  1 bahagian warna putih dan kukus  lagi 4 - 5 minit  dan seterusnya secara berselang seli.

Akhir sekali tuang bahagian berwarna merah + kuning tadi. Kukus 12 - 15 minit.
Permukaan loyang/bekas kukusan ditutup dengan aluminium foil bagi mengelakan wap masuk kedalam loyang.

Sejukkan kuih sebelum dipotong.


Wednesday, November 28, 2012

Som-Som /Lompat Tikam ore Kelate



ada perisa strawberry /berwarna merah samar

 putih santan
dihidang sejuk dengan air gula melaka

Kuih tradisi orang  kampung  cikjah ini serupa dengan kuih 'Lompat Tikam' negeri Kelantan yang diwarnakan merah dan hijau dan dimakan dengan pulut serta manisan gula melaka


Bahan dan Cara :-

(sukatan ini boleh menghasilkan  6/7 sukatan mangkuk kastad (seperti dalam gambar)

1 cawan tepung beras 
1 sudu tepung ubi 
- di ayak supaya halus

3/4 cawan santan ( CikJah guna - 1/2 kotak santan & 3 cawan air)
sedikit garam

Semua bahan-bahan dikacau atas api sederhana (atau guna double-boiler) sehingga adunan kelihatan berkilat dan kental . Tuang kedalam acuan dan sejukan.

Boleh lah dihidang bersama air gula melaka dan dibubuh perasa serta warna ikut citarasa.

Friday, January 27, 2012

Kuih Bingka Gula Putih





Apabila terkenang waktu kecil semasa tinggal di Seremban dahulu, selalu menemani emak ke Pekan Rabu (sekarang dipanggil 'pasar minggu/pasar malam), teringatkan kuih bingka santan gula putih yang dibakar dalam buluh. Ada juga yang dimasak dengan gula merah atau gula melaka.

Ini kali pertama mencuba resipi  dari ....  http://www.myresipi.com/top/detail/1275  .

berikut adalah olahan cikJahFlowers :-

1 kotak santan (Kara 200ml) dicampur 3 cawan air
1/4 cawan gula pasir 
1 1/4 cawan tepung beras 
1/4 cawan tepung Hoen Kwee putih (lebih kurang 25gm)
1/2 sudu kecil garam

Semua bahan-bahan digaul rata kemudian ditapis
Dikacau atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat
(cikJah masak dalam double-boiler bagi mengelakan hangus)
Kemudian dibakar dalam loyang  sehingga masak dan sedikit perang atasnya
(lebih kurang 45min. mengikut jenis oven)

perlu disejukan sebelum dipotong sebab kuih ini lembut.



Friday, April 15, 2011

Kuih Cara Durian ...similar to the 'Kaya Ball'




 ..banana based kuih cara with durian paste filling 


...with durian paste filling

Monday, January 10, 2011

Kuih Apam Gula Melaka ~ dari Resipi.com & tested oleh Bibik Midah

~ adunan baru








Teringat dahulu, arwah emak buat kuih-kuih Melayu seperti apam, kuih talam, seri muka, kaswui  dan berbagai jenis lagi untuk jualan setiap hari. Memang suka makan kuih-kuih Melayu, tetapi anak-anak sekarang ini anak-anak kita tak berapa suka jenih kuih lama orang Melayu. Waktu itu tak minat langsung untuk mencuba buat sendiri. Ada seorang kak ipar yang rajin masak kuih-kuih jenis ini seakan serupa dengan kuih buatan bonda.


Sekarang ini kalau teringin nak makan dan beli dipasar-pasar malam/pasar tani, sememanglah tak puas hati.


Mencuba buat mengikut resipi yang diberi oleh adik (ruj: Resipi.com) -


Apam Gula Melaka 

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
secubit garam

Cara-cara
Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar.
Tutup dan bibiarkan selama 40min/1jam
 atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak.
Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau 
bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

nota : adunan ni sesuai untuk loyang kukus saiz 21cm

Saturday, April 3, 2010

Jumpa Kuih-kuih ni di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu


....baru balik dari Kota Bharu. dan masih teringat lagi makanan orang-orang di sebelah pantai timur.....Kelantan dan Terengganu    > kuih akok, jala emas, bunga tanjung, taik itik, taik minyak, kuih pocong dan tapai 3-serangkai.

sekarang kita boleh dapati kuih-kuih serupa ni dimana-mana, samada pasar malam, pasar tani dan terutama semasa bulan Ramadhan...bazaar Ramadhan.

tetapi..yang special tu makanan dan kuih muih yang dijual di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu ...rasa , rupa , harga serta tarikan si penjual.