kuih ku / 'ang koo' |
1. adunan tepung pulut dengan keledek |
2. dibentuk bulat dan leperkan |
3. inti kacang hijau yg telah dibulat2kan |
4. bubuh inti dan dibentukan ikut citarasa - boleh juga gunakan acuan kuih 'angkoo' |
5. tidak mengunakan acuan - hanya disepit dan dibentukan seperti bunga 6. sebelum dikukus |
bahan utama :
1 1/2 cawan tepung pulut
1 cawan keledek yg telah direbus dan dilenyek halus
2 sudu besar gula dan 1/2 cawan santan (anggaran cukup untuk mengadun tepung & keledek menjadi doh lembut)
cara:
untuk membuat inti, masak 1/2 cawan kacang hijau bersama sekeping gula melaka, boleh juga ditambah gula kasar mengikut kemanisan citarasa sendiri
bubuh sedikit tepung gandum , gaul rata dan bentuk bulat-bulat
tepung pulut dan keledek digaul hingga sebati dengan sedikit air gula dan santan sehingga menjadi doh lembut yang boleh dibentuk
boleh diwarnakan dengan sedikit pewarna makanan ikut pilihan
kemudian doh dibentuk dan dibubuh inti. boleh juga menggunakan acuan kuih 'ang ko' dan dilapik dengan daun pisang ( cikjah guna kertas cupcake)
dikukus atas api sederhara lebih kurang 6-10 minit sehingga masak kelihatan berkilat
No comments:
Post a Comment