Kuih Genggang
Bahan A
1 ½ cawan tepung beras
¼ cawan tepung Hon Kue
2 cawan santan pekat ( lebih kurang 400ml) + 1 sdk garam
1 cawan air (lebih kurang 170ml – bagi menambah sekira adunan pekat)
Bahan B
1 cawan gula
halus
1 cawan air
2 helai daun
pandan
Dan Pewarna
makanan mengikut pilihan – merah/hijau/kuning/biru
1. Bahan
B - gula, air dan daun pandan dimasak hingga gula larut dan biarkan sejuk
2. Bahan
A - tepung beras, tepung hon kue disatukan
dan kacau rata bersama santan dan sedikit garam.
3. Masukan bahan B - air gula, kacau rata dan
tapis. Adunan ini setelah siap dikacau rata menjadi lebih kurang 1 liter.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
sama rata dan campurkan warna pilihan. Satu bahagian dibiarkan warna asal –
putih
5. Gunakan Loyang/bekas kukus ( berukuran 7/8 x 3 in) sapu sedikit minyak dan panaskan seminit 2 baru dituang lapisan pertama
warna putih.
6. Kukus setiap lapisan 5 -6 minit sehingga
masak. Lapisan terakhir dikukus lama sedikit.