Saturday, December 8, 2012

Mee Curry Nyonya /Curry Laksa


siap untuk 3 hidangan
minum petang


CikJah minat 5 Rencah 5 Rasa ..Sherson Lian
resipi mee kari cikJah ini dicedok dari resipi
'vegetarian Nyonya Curry'  5R5R


bahan rempah :  cili hidup , serai,  lengkuas, halia, kunyit hidup
udang kering , buah keras
dikisar semua

bahan-bahan  setelah dikisar
dan sedikit rempah kari ayam/
boleh juga gunakan rempah kari ikan


tahu yg sudah digoreng
- boleh juga gunakan tahu kering

bahan-bahan sayuran - terung , bendi, carrot, ubi kentang, 
kacang panjang ~ di potong cube dan digoreng
setengah masak
ikut kegemaran sendiri


bahan sayuran dan
mee kuning atau spegetti
(tiada dalam gambar)



santan pekat
dan air secukupmya
garam dan stok ayam/udang
minyak secukupnya untuk menumis

 Cara :

  • Tumis bahan yg telah dikisar hingga naik minyak 
  • Masukan rempah kari yg dicampur sedikit air dan tumis sehingga masak dan naik bau rempah
  • Tambah sedikit air dahulu dan masukan santan , masak atas api sederhana
  • Kemudian masukan sayur-sayuran ( carrot- ubi kentang- kacang panjang-tahu  dan akhir sekali sayur bendi)
  • Garam dan stok ayam ikut citarasa


Nota : 
boleh ditambah hirisan ayam dan udang 
hidangan mee kari nyonya dimakan beserta sambal belacan
hirisan bunga kantan dan daun kesum  sebagai menambah rasa dan hiasan



Wednesday, November 28, 2012

Som-Som /Lompat Tikam ore Kelate



ada perisa strawberry /berwarna merah samar

 putih santan
dihidang sejuk dengan air gula melaka

Kuih tradisi orang  kampung  cikjah ini serupa dengan kuih 'Lompat Tikam' negeri Kelantan yang diwarnakan merah dan hijau dan dimakan dengan pulut serta manisan gula melaka


Bahan dan Cara :-

(sukatan ini boleh menghasilkan  6/7 sukatan mangkuk kastad (seperti dalam gambar)

1 cawan tepung beras 
1 sudu tepung ubi 
- di ayak supaya halus

3/4 cawan santan ( CikJah guna - 1/2 kotak santan & 3 cawan air)
sedikit garam

Semua bahan-bahan dikacau atas api sederhana (atau guna double-boiler) sehingga adunan kelihatan berkilat dan kental . Tuang kedalam acuan dan sejukan.

Boleh lah dihidang bersama air gula melaka dan dibubuh perasa serta warna ikut citarasa.

Thursday, November 22, 2012

Durian Crepe/durian pillow




Bahan

 kulit -


  • 1 cawan tepung + 1 sudu besar tepung ubi (diayak supaya ringan)
  • 1 biji telur
  • 2 cawan susu (atau santan)
  • 1 sudu besar butter cair
  • 1 sudu kecik esen vanila (optional)
  • secubit garam
  • pewarna makanan (kuning/hijau/dlln)



  • Blend semua dan tapis
  • warnakan ikut citarasa
  • Biarkan 10/15 minit
  • dadar nipis-nipis 





  • Inti:
  • Whipping cream + gula (manis citarasa)
  • Isi durian
Pukul (whisk) whipping cream dan gula sehingga menjadi kental

Sudukan cream-isi durian-cream supaya isi durian disalut dengan cream dan lipat atau gulung.


Note: sedap dimakan sejuk
         tepung ubi boleh digantikan dengan
         tepung 'hon-kwee'

Wednesday, July 11, 2012

Kuih Nyonya Melaka


kuih ku / 'ang koo'

1. adunan tepung pulut dengan keledek


2. dibentuk bulat dan leperkan

3. inti kacang hijau yg telah dibulat2kan

4.  bubuh inti dan dibentukan
ikut citarasa - boleh juga gunakan acuan kuih 'angkoo'

5. tidak mengunakan acuan
- hanya disepit dan dibentukan seperti bunga

6. sebelum dikukus
bahan utama :

1 1/2 cawan tepung pulut
1 cawan keledek yg telah direbus dan dilenyek halus

2 sudu besar gula dan 1/2 cawan santan (anggaran cukup untuk mengadun tepung & keledek menjadi doh lembut)

cara:

untuk membuat inti, masak 1/2 cawan kacang hijau bersama sekeping gula melaka, boleh juga ditambah gula kasar mengikut kemanisan citarasa sendiri
bubuh sedikit tepung gandum , gaul rata dan bentuk bulat-bulat

tepung pulut dan keledek digaul hingga sebati dengan sedikit air gula dan santan sehingga menjadi doh lembut yang  boleh dibentuk

boleh diwarnakan dengan sedikit pewarna makanan ikut pilihan

kemudian doh dibentuk dan dibubuh inti. boleh juga menggunakan acuan kuih 'ang ko' dan dilapik dengan daun pisang ( cikjah guna kertas cupcake)

dikukus atas api sederhara lebih kurang 6-10 minit sehingga masak kelihatan berkilat





Monday, June 25, 2012

Kuih Genggang








Kuih Genggang
Bahan A
1 ½ cawan tepung beras
¼ cawan tepung Hon Kue
2 cawan santan pekat ( lebih kurang 400ml) + 1 sdk garam
1 cawan air (lebih kurang 170ml – bagi menambah sekira adunan pekat)

Bahan B
1 cawan gula halus
1 cawan air
2 helai daun pandan

Dan Pewarna makanan mengikut pilihan – merah/hijau/kuning/biru

1.     Bahan B - gula, air dan daun pandan dimasak hingga gula larut dan biarkan sejuk

2.    Bahan A  - tepung beras, tepung hon kue disatukan dan kacau rata bersama santan dan sedikit garam.

3.     Masukan bahan B - air gula, kacau rata dan tapis. Adunan ini setelah siap dikacau rata menjadi lebih kurang 1 liter.  

4.     Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian sama rata dan campurkan warna pilihan. Satu bahagian dibiarkan warna asal – putih

5.     Gunakan Loyang/bekas kukus ( berukuran 7/8 x 3 in) sapu sedikit minyak dan panaskan seminit 2 baru dituang lapisan pertama warna putih.

6.     Kukus setiap lapisan 5 -6 minit sehingga masak. Lapisan terakhir dikukus lama sedikit.




Friday, January 27, 2012

Kuih Bingka Gula Putih





Apabila terkenang waktu kecil semasa tinggal di Seremban dahulu, selalu menemani emak ke Pekan Rabu (sekarang dipanggil 'pasar minggu/pasar malam), teringatkan kuih bingka santan gula putih yang dibakar dalam buluh. Ada juga yang dimasak dengan gula merah atau gula melaka.

Ini kali pertama mencuba resipi  dari ....  http://www.myresipi.com/top/detail/1275  .

berikut adalah olahan cikJahFlowers :-

1 kotak santan (Kara 200ml) dicampur 3 cawan air
1/4 cawan gula pasir 
1 1/4 cawan tepung beras 
1/4 cawan tepung Hoen Kwee putih (lebih kurang 25gm)
1/2 sudu kecil garam

Semua bahan-bahan digaul rata kemudian ditapis
Dikacau atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat
(cikJah masak dalam double-boiler bagi mengelakan hangus)
Kemudian dibakar dalam loyang  sehingga masak dan sedikit perang atasnya
(lebih kurang 45min. mengikut jenis oven)

perlu disejukan sebelum dipotong sebab kuih ini lembut.



Tuesday, January 17, 2012

Kuih Gading Galoh/ Serimuka


Talam Serimuka/Gading Galoh
Lapisan bawah :
2 cawan beras pulut (dibersihkan + direndam 1-2 jam)
1 cawan air (utk kukus pertama)
1 helai daun pandan
1 cawan santan + ¼ tsp garam (utk kukus ke-2)

Lapisan atas:
1 ½ cwn santan
1 atau 2 biji telur
3tbs gula pasir
3tbs tepung gandum + 1 tbs tepung honkwee/tepung jagung)
½ tsp pandan emulco

Cara memasak pulut dlm microwave oven :-
1.    Masak pulut + 1 cwn air dan daun pandan dlm bekas pyrex/kaca tahan panas (berukuran 8in x 5in x 3in ) selama 10mins (atau sehingga pulut kelihatan separuh masak) mengikut jenis microwave oven. Keluarkan daun pandan.
2.    Kemudian gaul pulut dengan 1 (atau 1 ½ ) cwn santan + sdkt garam hingga rata dan masak semula selama 5/10min lagi
3.    Ratakan dan tekan pulut supaya jadi satu lapisan.
Bagi Lapisan diatas :-
Gaul rata semua bahan utk lapisan atas dan ditapis .
Ada 2 cara masak lapisan atas:
sama ada dikacau dahulu bancuhan tadi diatas api yg perlahan/double boiler  sehingga pekat dan berkilat dan dituang keatas pulut yg sudah diratakan. Dan kemudian dikukus dlm microwave oven (low) selama lebih kurang 10 min/sehigga lapisan atas masak.
atau:
microwave bancuhan tepung + santan tadi  low setting 2 min , kacau perlahan dan tuang keatas pulut dan dimasak dalam microwave oven selama 10 min/low setting sehingga lapisan atas ni masak. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.