Thursday, April 29, 2010

Jeli Kelapa ...test..test..test lagi




Dugaan dapat diatasi dengan sabar
kerana ingin mencuba membuat  sekali lagi agar dapat sukatan dan juga untuk mendapatkan  rasa 'Jeli Kelapa' yang lebih oomph, hari ini pergi ke pasar borong Sri Kembangan untuk membeli bahan-bahan. Sebesar-besar pasar borong  dijelajah, tidak ada kelapa muda. Tetapi tidak kecewa, perjalanan diteruskan ke Damansara dan Alhamdullilah ada beberapa gerai di Kg Sungai Pencala menjual dan buah kelapa muda nampak cantik segar dengan harga RM2.50 sebuah.

Bahan yang diperlukan :-

4 buah kelapa muda - ambil air dan isi kelapa
1/2 paket agar-agar (anggaran 1 cawan) ,
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 - 2 cawan air Ice-cream Soda (ikut citarasa)

Cara :-

Agar-agar direndam dan  dimasak hingga hancur
apabila sudah hancur, masukan gula pasir dan
terus masak hingga hancur gula tersebut
kemudian masukan air kelapa muda (anggaran 8/10 cawan)
angkat dari atas api
apabila suam masukan pula air ice-cream soda
gaul hingga sebati

Akhir sekali, tuangan campuran tadi kedalam bekas-bekas kecil yang telah di isi dengan kelapa muda tadi dan simpan dalam peti ais sehingga jeli kelapa sudah set......dapat dalam 20-24 cawan jeli-kelapa.

Note :
Air ice-cream soda itu ditambah sebagai perasa dan sekiranya terlalu manis, kurangkan sukatan gula

Sunday, April 25, 2010

Steamboat & BBQ di Food Village Kota Bharu

Periuk 'steamboat & BBQ' ini terjumpa dan terbeli di Rantau Panjang, Kelantan. Semasa berjalan-jalan window shopping, konon, kerana tak bercadang pun untuk berbelanja kerana tujuan percutian kali ni hanya untuk bersantai dan berjumpa kawan-kawan lama. Tetapi apabila ternampak je periuk ni, tak fikir dua kali pun.

Beginilah cara menggunakannya , 2 dalam 1

Saturday, April 3, 2010

Jumpa Kuih-kuih ni di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu


....baru balik dari Kota Bharu. dan masih teringat lagi makanan orang-orang di sebelah pantai timur.....Kelantan dan Terengganu    > kuih akok, jala emas, bunga tanjung, taik itik, taik minyak, kuih pocong dan tapai 3-serangkai.

sekarang kita boleh dapati kuih-kuih serupa ni dimana-mana, samada pasar malam, pasar tani dan terutama semasa bulan Ramadhan...bazaar Ramadhan.

tetapi..yang special tu makanan dan kuih muih yang dijual di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu ...rasa , rupa , harga serta tarikan si penjual.