Friday, January 27, 2012

Kuih Bingka Gula Putih





Apabila terkenang waktu kecil semasa tinggal di Seremban dahulu, selalu menemani emak ke Pekan Rabu (sekarang dipanggil 'pasar minggu/pasar malam), teringatkan kuih bingka santan gula putih yang dibakar dalam buluh. Ada juga yang dimasak dengan gula merah atau gula melaka.

Ini kali pertama mencuba resipi  dari ....  http://www.myresipi.com/top/detail/1275  .

berikut adalah olahan cikJahFlowers :-

1 kotak santan (Kara 200ml) dicampur 3 cawan air
1/4 cawan gula pasir 
1 1/4 cawan tepung beras 
1/4 cawan tepung Hoen Kwee putih (lebih kurang 25gm)
1/2 sudu kecil garam

Semua bahan-bahan digaul rata kemudian ditapis
Dikacau atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat
(cikJah masak dalam double-boiler bagi mengelakan hangus)
Kemudian dibakar dalam loyang  sehingga masak dan sedikit perang atasnya
(lebih kurang 45min. mengikut jenis oven)

perlu disejukan sebelum dipotong sebab kuih ini lembut.



Tuesday, January 17, 2012

Kuih Gading Galoh/ Serimuka


Talam Serimuka/Gading Galoh
Lapisan bawah :
2 cawan beras pulut (dibersihkan + direndam 1-2 jam)
1 cawan air (utk kukus pertama)
1 helai daun pandan
1 cawan santan + ¼ tsp garam (utk kukus ke-2)

Lapisan atas:
1 ½ cwn santan
1 atau 2 biji telur
3tbs gula pasir
3tbs tepung gandum + 1 tbs tepung honkwee/tepung jagung)
½ tsp pandan emulco

Cara memasak pulut dlm microwave oven :-
1.    Masak pulut + 1 cwn air dan daun pandan dlm bekas pyrex/kaca tahan panas (berukuran 8in x 5in x 3in ) selama 10mins (atau sehingga pulut kelihatan separuh masak) mengikut jenis microwave oven. Keluarkan daun pandan.
2.    Kemudian gaul pulut dengan 1 (atau 1 ½ ) cwn santan + sdkt garam hingga rata dan masak semula selama 5/10min lagi
3.    Ratakan dan tekan pulut supaya jadi satu lapisan.
Bagi Lapisan diatas :-
Gaul rata semua bahan utk lapisan atas dan ditapis .
Ada 2 cara masak lapisan atas:
sama ada dikacau dahulu bancuhan tadi diatas api yg perlahan/double boiler  sehingga pekat dan berkilat dan dituang keatas pulut yg sudah diratakan. Dan kemudian dikukus dlm microwave oven (low) selama lebih kurang 10 min/sehigga lapisan atas masak.
atau:
microwave bancuhan tepung + santan tadi  low setting 2 min , kacau perlahan dan tuang keatas pulut dan dimasak dalam microwave oven selama 10 min/low setting sehingga lapisan atas ni masak. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.