disejukan dahulu sebelum dipotong
kukusan yang mudah
Bahan-bahan A – disatukan semua bahan dan ditapis
1½ cawan tepung beras ( 150gm)
¼ cawan tepung hong kue (30 gm- warna putih)
½ kotak (100 ml )santan pekat + 500 ml air
Bahan-bahan B – dimasak hingga gula larut
1 cawan gula (jika hendak manis tambah ½ cawan gula)
1 cawan air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
Pewarna makanan - merah dan sedikit warna kuning
CARA MEMBUATNYA :-
Satu kan semua bahan B dan masak hingga larut, tapis dan sejukkan.
Dalam mangkuk lain, satukan bahan A, kacau rata dan ketepikan sejekap
Kemudian masukkan air gula-bahan B kedalam adunan tepung dan santan
tadi,
kacau rata
Sukat dan bahagikan 7 bahagian sama banyak (lebih kurang ¾ cawan)
dan warnakan 3 bahagian warna merah, 3 bahagian dibiarkan warna asal putih
santan dan 1 bahagian mlagi diwarnakan
(campuran merah + kuning) untuk lapisan teratas sekali.
Sediakan kukusan dan loyang 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik
bersih/sapu sedikit minyak makan.
Panaskan loyang dalam kukusan
sekejap.
Lapisan pertama = tuang 1 bahagian warna merah, tutup tin dan kukus 4 -
5 minit
atau hingga permukaan lapisan nampak pucat.
Tuang 1 bahagian warna putih dan
kukus lagi 4 - 5 minit dan seterusnya secara berselang seli.
Akhir sekali tuang bahagian berwarna merah + kuning tadi. Kukus 12 - 15
minit.
Permukaan loyang/bekas kukusan ditutup dengan aluminium foil bagi
mengelakan wap masuk kedalam loyang.
Sejukkan kuih sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment