~ adunan baru
Teringat dahulu, arwah emak buat kuih-kuih Melayu seperti apam, kuih talam, seri muka, kaswui dan berbagai jenis lagi untuk jualan setiap hari. Memang suka makan kuih-kuih Melayu, tetapi anak-anak sekarang ini anak-anak kita tak berapa suka jenih kuih lama orang Melayu. Waktu itu tak minat langsung untuk mencuba buat sendiri. Ada seorang kak ipar yang rajin masak kuih-kuih jenis ini seakan serupa dengan kuih buatan bonda.
Sekarang ini kalau teringin nak makan dan beli dipasar-pasar malam/pasar tani, sememanglah tak puas hati.
Mencuba buat mengikut resipi yang diberi oleh adik (ruj: Resipi.com) -
Apam Gula Melaka
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
secubit garam
Cara-cara
Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar.
Tutup dan bibiarkan selama 40min/1jam
atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak.
Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau
bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.
nota : adunan ni sesuai untuk loyang kukus saiz 21cm
No comments:
Post a Comment